Komuniti 1
Lumrah (apabila dibuai angan-angan tinggi – kerusi Pengetua), semakin
hampir berkursus, kian kencang nadi berdenyut.
Debaran menjadi-jadi. Kata orang,
tidur tak lena, mandi tak basah, penyakit angau (jadi Pengetua) ulang berulang
mendatangi. Makan tak kenyang, minum tak
hilang dahaga. Kotak fikir hanya
membenarkan bayangan pengetua (keseronokan) bakal digenggam nanti. Adakah anda perasan? Adakah anda? Adakah!!? Ada? Hahaha J J
Komuniti 2
Bolehkah aku? Mampukah aku? Adakah
pensyarah mahu `tolong’ aku? Adakah rakan-rakan peserta akan `tolong’ aku?
Pensyarah `baik’ tak?? Biasanya ukuran `baik’ dan `tolong’ ialah kepada pensyarah-pensyarah
seperti berikut;
·
Tidak apa lambat datang kuliah.
·
Tidak apa ponteng kuliah.
·
Tidak apa comot.
·
Tidak apa tidak mandi pagi.
·
Tidak apa pakaian tidak senonoh.
·
Tidak apa tidak siap tugasan.
·
Tidak apa tidak ambil bahagian.
·
Tidak apa berbual semasa kuliah.
·
Tidak apa tidak kemaskini maklumat diri dalam web epembelajaran.
·
Tidak apa tidak upload gambar
dalam web.
·
Tidak apa…
·
Tidak apa…
·
Tidak apa…
Komuniti 3
Kemudian makin hampir hari berkursus, bertalu pula persoalan datang. Menyerang tenteram dari berbagai arah. Kiri
kanan, depan belakang, atas dan bawah. Bertubi-tubi.
“Adakah pensyarah ada sikap `mahu
membantu’. Adakah depa ada rasa nak `tolong’ orang macam aku ini. Depa ni baikkah, tidak baik? Ishhh.., ishhh.., boleh ke aku ni?? Pensyarah garang?
Mampuih dah aku!!^%%&# ..! Ukuran `garang’ dan `tidak baik’ pula kepada
pensyarah seperti berikut;
·
Yang kerap beri `nasihat’ (berleter/membebel) J …hal-hal yang baik.
·
Yang minta hadir kuliah sharp time.
·
Yang minta siapkan tugasan on time.
·
Yang minta dengar kuliah betul-betul.
·
Yang minta peserta ikut peraturan.
·
Yang betul-betul serious bekerja. (Adakah tidak senyum itu serious
bekerja?) J
·
Yang minta peserta ambil bahagian.
·
Yang harap peserta faham.
·
Yang suruh jadi peserta cemerlang.
·
Yang suruh jadi peserta terbilang.
·
Yang mahu peserta jadi pengetua.
Teknik menanggap bagi tujuan `mengukur’ itu berbagai. Terpulang. Tiada yang mampu melarang, apalagi
menghalang. Namun, percayalah kepada hati kecil anda.
Yakinlah terhadap minda siuman anda.
Keduanya amat mampu mengadili.
Arah mana (Tafsiran) wajar diperakui.
(Dengan ilmu anda tentunya).
Penulis berpendapat mengukur begitu (pensyarah `baik’, `tidak baik’, `garang’)
amatlah tersasar. Tidak benar. Ukuran seperti itu hanya mainan hati (nafsu)
yang jahat. Nafsu yang pemalas,
(penyegan), tidak baik, kurang ilmu, baluq liat dan tidak cerdik. Ukuran seperti itu tidak betul. (hanya
pandangan penulis).
Jadi? Bagaimana? Bersangka baiklah dalam semua perkara. Itulah
(jelmaan akhlak) ukuran / tanggapan yang mampu mencerminkan diri seorang ILMUAN
. “Percaya dan yakinlah pada diri
sendiri. Nescaya dunia akan yakin dengan anda.” Kata seorang professor dalam
satu rapat pelajar. Anda adalah apa yang
anda fikirkan. Yakin boleh, maka anda
boleh lakukan.
Amacam? Semakin kencangkah
debaran itu???? J
Tidak mengapa, ianya baik untuk kesihatan (pam jantung) anda. J J
Teruskan berangan-angan kalau ianya boleh menguatkan semangat anda. Perhatikan (fokuskan) kerusi PENGETUA
itu. J