Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai
2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan
oleh Institut Aminufin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi
prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.
Ketetapan ini bermakna sesiapapun
guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar
di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL selain syarat-syarat lain. Sama ada
para guru menyedarii atau tidak perkara ini, mereka tidak boleh protes
jika tidak boleh dilantik dan tidak boleh menikmati kenaikan pangkat sebagai
pengetua/guru besar hanya kerana tidak memiliki sijil atau diploma NPQEL.
Mengapa kerajaan menetapkan
syarat ini? Kerajaan mahu memastikan semua sekolah di Malaysia dipimpin oleh
pengetua/guru besar yang berkompetensi tinggi sahaja. Kajian menunjukkan bahawa
sekolah yang didatangkan pengetua/guru besar yang baik akan meningkat
pencapaian muridnya sebanyak 20% percentile. Kajian juga menunjukkan
pengetua/guru besat yang mengikuti kursus atau latihan kepimpinan dan
pengurusan pendidikan, latihan kepengetuaan, pembangunan profesionalisma dan
kursus-kursus lain yang berkaitan memberi impak yang tinggi kepada
kepimpinannya.
Adakah bilangan pemegang NPQEL
mencukupi untuk mengisi 4000 kekosongan pengetua/guru besar yang akan berlaku
dalam tempoh 2013-2015 ini? Bagaimanakah operasi penggantian dan pengisian
pengetua/guru besar dengan prasyarat baru ini?
Data menunjukkan satu perempat
sahaja daripada 2,073 pemegang NPQEL atau NPQH sebelumnya telah dilantik
menjadi pengetua/guru besar. Mulai tahun 2013 ini pengambilan peserta kursus
NPQEL oleh IAB ditambah daripada 300 setahun kepada 1000. Dua ambilan setiap
satu 500 orang peserta akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Julai.
Sehingga tahun 2015 dijangka jumlah pemegang sijil NPQEL/NPQH ialah 5,316 satu
jumlah yang melebihi keperluan.
IAB akan melakasanakan kursus
NPQEL ambilan pertama 2013 ini mulai 12 Februari untuk seramai 500 orang.
Kampus IAB Genting dan Utara diJitra masing-masing mengambil seramai 210 orang
peserta manakala kampus Sarawak dan Sabah masing-masing 40 peserta.
Nama-nama peserta akam
dimuktamatkan dan panggilan kursus akan dibuat pada 31 Januari ini. Peserta
yang telah dipilih melalui permohonan dan temuduga akan diarahkan (bukan
ditawarkan) menghadiri kursus selama lima bulan dalam mod bercampur (blended
mode) iaitu bersemuka, e-pembelajaran, penandaarasan, sandaran dan pentaksiran
atau ujian akhir kursus.
Pada masa yang sama IAB dan
pihak-pihak lain akan terus menjalankan kajian keberkesanan dan kajian impak
pelaksanaam NPQEL bagi menambah bilangan kajian sedia ada iaitu lapan kajian
sehingga kini. Pelbagai pihak dialu-alukan memberi input dan pandangan mengenai
perkara ini untuk menambahbaik program NPQEL.
Sumber : Dr Jamil
Adimin
http://drjamiladimin.wordpress.com/2013/01/25/npqel-sebagai-prasyarat-pelantikan-pengetuaguru-besar/#more-646
Satu transform ke arah rakyat Malaysia celik urus.
ReplyDeleteKiranya ia benar-benar direalisasikan selepas ini, maka kursus ini akan menjadi goreng pisang panas di petang hari. Menjadi rebutan guru-guru dan para pegawai jabatan. :)
Beri peluang yang bertenaga , sihat tubuh badan dan mental.... Dan yang dah udzur digalakkan bersara demi untuk anak-anak bangsa...
DeleteLebih elok dan manis apabila guru-guru lama yang tahu diri (tidak sihat seumpamanya) yang mengalu-alukan guru-guru lebih bertenaga meneruskan perjuangannya... Ianya pasti lebih segar dan bertenaga.. :-)
DeleteBetul Diana, logiknya begitulah. :)
ReplyDeleteSememangnya suatu program yang sepatutnya dimiliki untuk direalisasikan segala ilmu,kemahiran dan nilai murni yang dihasratkan oleh KPM.Yang ingin menjadi pemimpin bervisi dan berkompetensi tinggi, inilah satu-satunya resepi bertauliah NPQEL....... tahniah kepada para pensyarah IAB!
ReplyDeleteAndainya idea ini BENAR2 berjaya direalisasikan. Alangkah!!! Manfaatnya bakal dirasa di seluruh pelusuk negara. :-)
DeleteKami peserta NPQEL 2012.... masih tertunggu2 apakah perjawatan Guru Besar sekolah rendah boleh diisi oleh PK yang berijazah... Walaupun ada diantara kami yang cukup cemerlang, selagi dasar lapuk KPM ini tidak diubah... maka terus lapuk la kami di post PK sekolah rendah... sama-sama kita lihat pada 2014...
ReplyDeleteNampaknya benar seperti kata anda...Tahun 2014 juga (sehingga hari ini) SERUPA 2013 dari aspek tindakan... :-)
DeleteBagaimana cara memohon kursus kepengetuaan di IAB dan apakah syarat-syaratnya..
ReplyDeletehttp://www.iab.edu.my/ Sila anda layari laman seperti tertera. Semua maklumat yang diperlukan ada di sana. Selamat meneroka. :-)
DeleteAonymous: Layari web IAB. Clik NPQEL
ReplyDeletePortal rasmi IAB .Clik NPQEL. Mohon Kursus NPQEL.isi borang online..dan seterusnya print hantar ke JPN Negeri masing-masing.
ReplyDeleteTahniah kepada para peserta. Ini merupakan satu anjakan paradiqma sebagai pemimpin yang berinovasi yang bakal mencorakkan para pendidik pada masa kini.
ReplyDeleteBenar, kursus NPQEL banyak manfaatnya. Ianya amat idealistik, karismatik dan efektif untuk negara, khususnya menjadi pemimpin sekolah. Kepada mereka yang terpilih, manfaatkanlah sungguh-sungguh. Tahniah:-)
Deletesalam, saya pernah daftar sebelum ini, bila saya taip username n password keluar ralat no kp n password tak sah...dah call iab nilai pihak sana boleh akses, tapi saya di sini tak boleh bagaimana ya?
ReplyDeleteGuru yang sakit kronik dan tidak sihat tubuh badan biarkan berehat
ReplyDeleteguru-guru otai akan trkulai layu lagilah nampaknya..
ReplyDeleteSaya bukan nak komen..tetapi ingin menyatakan sesuatu agar ada pihak yang mengambiltahu hal saya..saya lulusan npqel 2/2012..sekarang menjawat pk koko ..di sekolah agama...sejak 2015...sekian lama ditunggu utk lantikan pengetua ..tak kunjung tiba whal temuduga pengetua pun sudah...bila ditanya kpd pihak berkenaan ..jawapannya saya tak cukup haul di sek agama...saya sebenarnya tak tahu jika berada di sek agama maka lantikan saya oleh bahagian agama juga...menurutnya..saya perlu 3 tahun di sek agama barulah layak dilantik pengetua ..apabila cukup tiga tahun..patutnya tahun 2019...saya dilantik tp bila saya tanya semula ...nama saya dah diapungkan ke smk...saya amat terkejut dgn berita ini...saya nak menuju ke mana untuk saya bertanya ttg lantikan pengetua saya...amat malu rasanya bila ada cikgu2 tanya...bila nak jadi pengetua....jika ada yg terbaca luahan saya dan boleh nantu saya..boleh la hubungi saya..di 0123214335..sekian tkasih
ReplyDeleteSaya memiliki ijazah sarjana dalam Pengurusan dan pentadbiran sekolah, saya memegang Jawatan guru kanan selama 12 tahun dan sekarang menjawab Jawatan PK Koko, adalah saya layak di Jadikan Pengetua.
ReplyDeleteRespect and I have a keen offer: Who Repairs House Foundations house remodeling near me
ReplyDeleteIklan di mana2 itu ok, tetapi biarlah di lokasi lebih relevan.
ReplyDeleteada juga dikalangan guru besar yang tak ada sijil kelayakan NPQEL
ReplyDelete