Hari ini (Khamis) dan esok (Jumaat), merupakan hari-hari
terakhir membuat persediaan menghadirkan diri sebagai peserta NPQEL 1/2013 sama ada di IAB Induk / IAB Utara.
Beberapa hal penting perlu diperingatkan ialah
1.
Sudahkah
anda menyerahkan salinan surat rasmi (arahan) mendaftar sebagai peserta NPQEL
2013 kepada `bos’ masing-masing. Pejabat hanya dibuka hari ini dan esok (mengikut negeri-negeri tertentu) sebelum tarikh anda membuat pendaftaran.
2.
Bersama-sama surat itu anda juga perlu melampirkan
salinan (takwim) jadual sepanjang kursus. Takwim ini telahpun diberikan pihak
IAB untuk sepanjang 5 bulan berkursus.
Tujuannya bagi membantu `bos’ merancang aktiviti sepeninggalan 3 minggu
pertama anda.
3.
Serahkan kunci pejabat anda kepada kerani. Ambil tindakan terhadap fail-fail dan
surat-surat yang perlu tindakan segera. Kenalpasti
dan lantik pegawai yang akan melaksanakan tugas-tugas sepanjang ketiadaan anda. Mereka (pegawai
anda) perlu di brieffing
sesempurnanya bagi `menggantikan’ tempat anda.
4.
Nombor telefon anda ditinggalkan.
5.
Beberapa pesanan (paling friendly) kepada keluarga anda.
Isteri / suami dan anak-anak.
Ingat, paling friendly.. J
6.
Semak kenderaan anda. Pastikan dalam keadaan
baik.
7.
Ubat-ubatan atau vitamin rutin harian anda.
8.
Bawa bersama 2 keping gambar. Terbaru. Percayalah, gambar terbaru paling
menawan. Jangan sekali-kali menyerahkan gambar
semasa manis 17 / atau tampan 25.
Yakinlah dengan diri anda. J
9.
Pakaian jogging
dan pakaian pejabat. Pakaian berjalan-jalan.
Kosmetik (perubatan) kiranya memerlukan. Pakaian solat jangan dilupakan.
10.
Berdoalah (buat pengaduan dengan Allah) mohon
kesihatan, kelancaran, kelapangan, permudahkan sepanjang kursus bakal anda ikuti
nanti.
………. So, semoga
semua ceria, sampai di Residen
(Penginapan IAB Utara) dengan selamat,
jumpa esok di lobi pendaftaran IAB Utara. Selamat Datang! Selamat Mendaftar!! Selamat Berkenalan!!! Selamat Bersilaturrahim!!! Selamat Berkursus!!!! Selamat semua!!!! Senyum, jangan kata apa-apa!!! J J J
Salam.
ReplyDeleteAlhamdulillah sehingga kini segala tugasan dapat diurus dengan baik. Semoga kursus dihadiri dapat dilalui dengan cemerlang dan memberi harapan baru dalam perkhidmatan saya. Terima kasih.
Catatan intri dari blog saya:
DITERIMA MASUK KE KURSUS NPQEL 2013
Syabas dan tahniah! Tuan telah berjaya dalam langkah pertama supaya boleh meneruskan langkah-langkah berikutnya. :)
ReplyDeleteSemoga pengisian (langkah2) sepanjang kursus akan amat cemerlang sehingga melahirkan seorang pengetua terbilang nanti. Insya Allah, aminn..!