Kehidupan di kejauhan pada minggu 2 pastinya lebih mudah kerana `ilmu' persekitaran sedikit sebanyak sudah dimiliki. Peserta boleh membayangkan bilik kediaman, dewan makan, bilik kuliah, perpustakaan dan tempat-tempat beriadah. Begitu juga anda tentunya telah mengenali nama-nama pensyarah, pegawai IAB, Pak Cik Jaga, tukang kebun dan mungkin juga sudah mengenali tukang masak di dapur. Bahkan laluan bersosial ke pekan-pekan kecil berdekatan sebagai tempat `pekena teh tarik dan roti canai' bersama rakan seusai kuliah.
Minggu kedua ini (24/2/2013 - 28/2/2013) tidak menjanjikan apa-apa untuk kita perolehi dan kecapi. Melainkan kita sendiri berjanji (pada diri) apa yang akan dicapai. Ayuh rakan-rakan, mantapkan azam, segarkan cita. Bersihkan niat dalam `beramal'. Hati biar putih. Akal biar jernih. Semangat mesti dikobarkan. Mari muhasabah. Berjanjilah di minggu ini kita akan lebih baik dari minggu sebelumnya. Dalam semua perkara. Ya, semua hal. Insya Allah! :)
Semoga semua rakan-rakan selamat sampai, lebih sihat dan ceria. :)