Thursday, December 12, 2013

TUNGGU! NANTIKAN ENTRY SETERUSNYA!! :-)

Semoga anda ceria. 
Semoga anda sihat dan gembira.
Senyumlah selalu.
Sesungguhnya senyum itu sedekah.
Semoga anda berjaya 'bersabar!'
:-)

Tuesday, July 30, 2013

KONSEP BARU PdP (TRANSFORMASI) PPPM 2013-2025



Transformasi ubah pengajaran, pembelajaran lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal

Seremban: Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. 

Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom, HOTS merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir (lihat grafik) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS) iaitu memahami dan menghafal. 
Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global. 


Pelajar tak lagi menghafal 

Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTS ialah inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu menggunakannya. 

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, berkata transformasi itu akan mengubah pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal. 

“Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan. 
“Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam kedua-dua ujian yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk HOTS, iaitu bukan mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana hendak menggunakannya. 

“Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam PPPM supaya HOTS diberi penekanan,” katanya kepada BH di sini. 

Beliau berkata, walaupun HOTS wujud dalam kokurikulum sebelum ini, tidak dilaksanakan secara berfokus, sebaliknya konsep pemikiran itu hanya diharap digunakan pelajar secara semula jadi. 

Katanya, pelaksanaan HOTS di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada subjek Sains, Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran, soalan peperiksaan, penyediaan alat bantuan mengajar, malah diterapkan dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz dan pertandingan. 

Konsep soalan peperiksaan ada elemen HOTS 

Katanya, bagi memastikan pelajar mengaplikasi kemahiran berfikir, kementerian juga mengubah konsep soalan peperiksaan dengan memasukkan elemen HOTS dalam soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berperingkat. 

“Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016,” katanya. 

Beliau berkata, untuk memastikan pelaksanaannya berjaya, guru terlebih dulu perlu mengikuti kursus jangka pendek dalam program i-Think kendalian Agensi Inovasi Malaysia, bagi membolehkan mereka menguasai teknik berfikir HOTS. 

“Tahun ini, guru dari 500 sekolah dihantar mengikuti program ini dan tahun depan, kita mahu guru dari semua sekolah negara ini mengikuti kursus itu. 

“Mereka akan pulang ke sekolah dan berkongsi kemahiran itu dengan rakan sejawatan seterusnya mengajar murid menggunakan teknik terbabit,” katanya. 

Lebih interaktif 

Mengulas lanjut, Amin berkata, penekanan terhadap HOTS secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif kerana memerlukan pembabitan aktif pelajar dan guru. 

“Kita tidak lagi melihat proses sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar, manakala murid hanya menyalin dan menghafal. 

“Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan,” katanya. 

Amin berkata, kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan peperiksaan pelajar, terutama cara pelajar menjawab peperiksaan berbentuk HOTS.

Sumber :  Berita Harian (31.07.2013)



Sunday, May 12, 2013

Ayuh, mulakan aktiviti SANDARAN anda! :-)


Saya berehat dari `IAB' hampir dua minggu.  Kini `kembali' untuk melaksanakan tugasan  NPQEL.  Mengambil kira `berehat' lama, masa yang tinggal wajar dimanfaatkan sepenuhnya. 
Tidak boleh berleka lagi.  Kelalaian bermakna padah kepada diri sendiri.  Detik yang telah berlaku tidak akan datang kembali.
Hal pertama, saya perlu rencanakan aktiviti dahulu.  Apakah perkara yang wajar dilakukan bagi memenuhi kehendak NPQEL ambilan 1/2013 ini. Pertama, saya perlu faham dan `hadam' asas SANDARAN dahulu.  Konsep sebenar yang dimahukan IAB (NPQEL), lebih tepat lagi mesti seperti kehendak Penyelia tentunya.  

Kemudian perlu ada senarai semak.  Senarai semak pula perlu di gantt cart kan mengikut keutamaan.  
Kiranya ada perkara yang keliru, celaru, was-was, tidak tentu maka perlu segera dirujuk kepada Penyelia agar program sandaran tidak berlaku `haru biru' atau `tidak kena' hala tuju.  Haha!  
Setelah rasa `selesa' dengan senarai semak, maka boleh mula dengan (Bismillah) Langkah pertama (hal paling penting) ialah menyampaikan maklumat program sandaran kepada bos di sekolah.  Masa ini, skill komunikasi yang telah diperolihi bolehlah direalisasikan.  Lihatlah keberkesanannya.
Ingat, jangan terlalu lama semasa memberikan penerangan dan penjelasan kepada bos.  Nanti bos jemu.  Kalau boleh, rancang masa.  Beritahu bos, sesi penerangan lebih kurang 30 minit dan seumpamanya.  Pastikan juga tuan-puan membawa `senjata canggih' (dokumen) yang lengkap.  Juga perlu persiapan diri (ilmu dan akhlak -sikap) NPQEL yang tinggi agar bos yakin dan percaya dengan program sandaran yang mahu dilaksanakan di sekolah di mana beliau (bos) merupakan tok penghulunya. 

Jangan sekali-kali membantah bos anda.  Katakan bos tidak suka dengan program yang anda cadang.  Jadi, mintalah idea bos anda.  Atau mencadangkan perkara lain yang beliau (bos anda) boleh bersetuju.  Kelak anda juga akan `senang'  dan lancar dalam melaksanakan program sandaran.  Di sinilah anda akan belajar erti ketabahan.  Makna kesabaran.  Peristiwa begini akan membuka peluang kepada anda untuk mengaplikasikan pengurusan stress yang baru sahaja dua minggu anda belajar di IAB.   :-)  

Sentiasa meminta maaf.  ...dan sentiasa pula memaafkan.  Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.  Elakkan dari banyak bercakap.  Lebihkan mendengar dan menyokong pandangan rakan-rakan.  Namun, setiap kali bercakap biarlah seperti mutiara amat berharga dan ditunggu-tunggu pendengar.  Malah biarlah pendengar kelak menjadi peminat yang menanti-nanti pemimpin mengeluarkan ilham dan idea `mutiaranya'  bagi dimanfaatkan dalam kehidupan keluarga dan organisasinya. 
Wah...panjang pula `berkongsi'.  Jangan cakap tidak serupa bikin.  Cabar diri anda, jadi yang terbaik di sekolah anda.  


Selamat Bersandaran.  Selamat maju jaya.  Ceria dan senyum selalu!  :-)   

Friday, April 26, 2013

NPQEL AMBILAN 1 2013 KINI KEMBALI FASA 2 MINGGU 2

Kenangan Sepanjang Minggu Pertama Fasa 2


Bersama pensyarah En Razuan Abd Majid.  Beliau berkongsi pengalaman tentang nasib malang (kecurian) yang menimpanya dan meminta agar peserta semua lebih berhati-hati supaya terhindar dari petaka yang serupa menimpanya.

Peperiksaan Fasa 1.  Calon periksa sedang mendengar taklimat dari Pengawas Peperiksaan.


Tekun memahami  `isu' dengan mengharapkan sasaran tembakan mengena tepat.  Tembakan pasti dilepaskan, namun bimbang tersasar dari sasaran.  :-)


Bersama penyarah, Tn Hj Hamzah  Said.  Ketika sesi PdP telah berlaku aktiviti `peluk memeluk' agar  tekanan yang berlaku berkurangan.  Ternyata, terbukti amat mujarab kerana masing-masing peserta merasa seperti adik beradik ibarat air dicincang tidakkan putus.  Seorang peserta mengalirkan air mata terharu.  Berjaya.  Tahniah tuan..!

Bersama pensyarah En Faudzi Saad


Encik Faudzi berkongsi tentang kreativiti dan inovasi.  Tiada inovasi tanpa kreativiti.


Puan Noriza Mohamed Nasir membicarakan tentang komunikasi.  Katanya komunikasi perlu ada penghantar maklumat, maklumat dan penerima maklumat.  8 elemen wajib ada agar komunikasi tersebut berkesan.  Terima kasih semua. Senyum selalu.  :-)