Wednesday, April 9, 2014

IAB KOMENSMEN NPQEL AMBILAN 1 DAN 2 2013

Assalamualaikum, kembali bertemu setelah lama menyepi. Semoga sepanjang  tempoh `menyepi' tidaklah saya persiakan.  Semoga juga aktiviti `penyepian??' itu dikira sebagai perjuangan dan mendapat keredhaan Allah. Biarlah Allah sahaja menjadi saksinya. @#*&*@&*&**...(apa ni - biarlah rahsia)  :-)

Semoga pembaca ceria dan gembira. Lebih gembira lagi tentulah rakan-rakan yang bakal berkomensmen pada 3hb Mei, 2014 nanti di Seremban. Hari yang dinanti-nantikan oleh semua peserta kursus.  Mereka bakal ditabal sebagai lulusan NPQEL IAB. ...dan watikah lulus itu pasti amat berguna.  Justeru memilikinya satu kebanggaan dan kegembiraan.

Bermula dari saat ini, rakan-rakan sudah perlu membuat sedikit persiapan ke sana. (Seremban) Di bawah adalah beberapa panduan.  Harapan saya ianya (Panduan itu) apabila difahami akan memberikan manfaat kepada pembaca khususnya para graduan dan graduanita.

Di bawah adalah `copy paste' maklumat yang dikirim ke email saya dari pegawai yang menguruskan komensmen npqel IAB 2014.  Sila baca dan fahami.

Berikut adalah beberapa perkara yang saya dapat maklumkan awal kepada tuan berkenaan Komensmen NPQEL 2014 yang bakal berlangsung pada 3 Mei 2014 (Sabtu). 

KOMENSMEN NPQEL 2014

Tarikh: 2 Mei 2014 Jumaat ( Pendaftaran dan Raptai ) WAJIB

             3 Mei 2014 Sabtu  ( Majlis Komensmen)

Tempat: KLANA RESORT, SEREMBAN

Graduan + 2 orang ahli keluarga dijemput ( Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ).

Masa Pendaftaran: 9.00 pagi - 4.00 petang ( 2 Mei 2014)

Bayaran: RM 150.00

PENGINAPAN TIDAK DISEDIAKAN.

Segala perbelanjaan ke majlis komensmen atas tanggungan sendiri.


Darliana Nordin

Pensyarah Kanan 
Senior Lecturer
Pusat Pembangunan Organisasi
Centre for Organizational Development
Institut Aminuddin Baki 
National Institute of Educational Leadership and Management 
Kementerian Pendidikan Malaysia
Ministry of Education Malaysia
Sri Layang
69000 GENTING HIGHLANDS, Pahang.



Tel:        03 6105 6100 (ext. 6322/6321/6317)
Mobile:  60 122637307 
(WhatsApp)
Faks:      603 6105 6299Email:      darliana@iab.edu.my


Anda dinasihatkan menempah penginapan dari sekarang.  Elakkan bertindak di saat akhir, kerana berkemungkinan hotel-hotel di Seremban penuh pada 1 atau 2hb Mei itu. Di bawah ini saya senaraikan beberapa link yang boleh anda layari dan terokai untuk maklumat yang lebih. 

http://www.agoda.com/klana-resort-seremban/hotel/seremban-my.html?asq=v0rS0a1OqoRQ7bXy1Mh94jUYHg5orVgCTTHHi8DCrl301LgsCvkMsKwbYMdZ1dbfcelUNZoP2Xbn9SPbgCRD6BLYZiYOXR%2f%2bU%2fVo7FUtG4w%3d

http://www.agoda.com/carlton-star-hotel/hotel/seremban-my.html?asq=v0rS0a1OqoRQ7bXy1Mh94jUYHg5orVgCTTHHi8DCrl301LgsCvkMsKwbYMdZ1dbfcelUNZoP2Xbn9SPbgCRD6BLYZiYOXR%2f%2bU%2fVo7FUtG4w%3d

http://www.agoda.com/hotel-s2/hotel/seremban-my.html?asq=v0rS0a1OqoRQ7bXy1Mh94jUYHg5orVgCTTHHi8DCrl301LgsCvkMsKwbYMdZ1dbfcelUNZoP2Xbn9SPbgCRD6BLYZiYOXR%2f%2bU%2fVo7FUtG4w%3d


...dan anda boleh teroka lagi dan lagi dan lagi melalui agoda.com.  

Anda juga boleh menempah Rumah Peranginan yang terletak di Port Dickson dengan hanya RM46.00 semalam. Pautan lamannya seperti di bawah. 

http://peranginan.bph.gov.my/Rumah-Peranginan-Persekutuan-Port-Dickson

Namun, sekiranya anda menempah secara terus dengan pengusaha, anda perlu membayar dengan harga RM285 bagi apartment yang sama.  Bezanya bayar kepada siapa..?  Pengusaha atau kerajaan..? 

So, anda fikirkan sendiri. Pilihan di tangan anda.

Doa saya, anda semua mendapat manfaat dari blog ini. Khususnya entri ini, seterusnya rasa lebih gembira, lebih riang, dan keseronokan itu dikongsikan bersama seluruh keluarga anda.  Lebarkan senyuman anda.  Ceria selalu.  Jumpa di sana!       :-)