Sunday, May 12, 2013

Ayuh, mulakan aktiviti SANDARAN anda! :-)


Saya berehat dari `IAB' hampir dua minggu.  Kini `kembali' untuk melaksanakan tugasan  NPQEL.  Mengambil kira `berehat' lama, masa yang tinggal wajar dimanfaatkan sepenuhnya. 
Tidak boleh berleka lagi.  Kelalaian bermakna padah kepada diri sendiri.  Detik yang telah berlaku tidak akan datang kembali.
Hal pertama, saya perlu rencanakan aktiviti dahulu.  Apakah perkara yang wajar dilakukan bagi memenuhi kehendak NPQEL ambilan 1/2013 ini. Pertama, saya perlu faham dan `hadam' asas SANDARAN dahulu.  Konsep sebenar yang dimahukan IAB (NPQEL), lebih tepat lagi mesti seperti kehendak Penyelia tentunya.  

Kemudian perlu ada senarai semak.  Senarai semak pula perlu di gantt cart kan mengikut keutamaan.  
Kiranya ada perkara yang keliru, celaru, was-was, tidak tentu maka perlu segera dirujuk kepada Penyelia agar program sandaran tidak berlaku `haru biru' atau `tidak kena' hala tuju.  Haha!  
Setelah rasa `selesa' dengan senarai semak, maka boleh mula dengan (Bismillah) Langkah pertama (hal paling penting) ialah menyampaikan maklumat program sandaran kepada bos di sekolah.  Masa ini, skill komunikasi yang telah diperolihi bolehlah direalisasikan.  Lihatlah keberkesanannya.
Ingat, jangan terlalu lama semasa memberikan penerangan dan penjelasan kepada bos.  Nanti bos jemu.  Kalau boleh, rancang masa.  Beritahu bos, sesi penerangan lebih kurang 30 minit dan seumpamanya.  Pastikan juga tuan-puan membawa `senjata canggih' (dokumen) yang lengkap.  Juga perlu persiapan diri (ilmu dan akhlak -sikap) NPQEL yang tinggi agar bos yakin dan percaya dengan program sandaran yang mahu dilaksanakan di sekolah di mana beliau (bos) merupakan tok penghulunya. 

Jangan sekali-kali membantah bos anda.  Katakan bos tidak suka dengan program yang anda cadang.  Jadi, mintalah idea bos anda.  Atau mencadangkan perkara lain yang beliau (bos anda) boleh bersetuju.  Kelak anda juga akan `senang'  dan lancar dalam melaksanakan program sandaran.  Di sinilah anda akan belajar erti ketabahan.  Makna kesabaran.  Peristiwa begini akan membuka peluang kepada anda untuk mengaplikasikan pengurusan stress yang baru sahaja dua minggu anda belajar di IAB.   :-)  

Sentiasa meminta maaf.  ...dan sentiasa pula memaafkan.  Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.  Elakkan dari banyak bercakap.  Lebihkan mendengar dan menyokong pandangan rakan-rakan.  Namun, setiap kali bercakap biarlah seperti mutiara amat berharga dan ditunggu-tunggu pendengar.  Malah biarlah pendengar kelak menjadi peminat yang menanti-nanti pemimpin mengeluarkan ilham dan idea `mutiaranya'  bagi dimanfaatkan dalam kehidupan keluarga dan organisasinya. 
Wah...panjang pula `berkongsi'.  Jangan cakap tidak serupa bikin.  Cabar diri anda, jadi yang terbaik di sekolah anda.  


Selamat Bersandaran.  Selamat maju jaya.  Ceria dan senyum selalu!  :-)