Sunday, February 17, 2013

Slot 1, 2 dan Slot Malam. Jum Recall.

Assalamualaikum!  Salam sejahtera! 
Sepanjang hari ini (17.02.2013 - Ahad), kursus NPQEL 1/2013 bermula lancar.  Aktiviti memenuhi ruang masa mengikut jadual.  Syabas IAB Utara.  Slot pertama dimulakan dengan  taklimat oleh Ketua Jabatan PPPEP Tn Hj Ismail bin Ibrahim.  Beliau melaporkan tentang keseluruhan 186 peserta tetapi 175 yang berjaya mendaftar setakat jam 8.40 (ketika itu).  SMK 111 manakala SK 74 peserta.  Lain-lain tidak diketahui `status' mereka.    Beliau memberitahu banyak perkara (???) tentang perjalanan kursus sepanjang 3 minggu.  Peraturan peserta secara keseluruhannya.  Mengkelompokkan peserta kepada 7 kumpulan.  Kumpulan 1 hingga 4 dari sekolah menengah manakala 5,6 dan 7 sekolah rendah.  Seterusnya beliau memperkenalkan pensyarah `tutor' yang digelar pengurus dan penolong pengurus setiap kumpulan. Akhir sekali beliau mengharapkan  peserta boleh mengikut peraturan seperti ditetapkan IAB Utara. Taklimat beliau berakhir jam 8.55 pagi.

Seterusnya jam 8.57 pagi taklimat dari Pn Noor Hashimah Hashim.  Beliau merupakan seorang pensyarah kanan dan Penyelaras Penginapan Peserta IAB Utara. Tajuk taklimat ialah Residen IAB.  Menyentuh tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan.  Gimnasium, Makmal Komputer, Bilik Perbincangan, Surau dll. Peraturan ber`asrama' IAB.  Berbagai perkara disentuh tentang penginapan peserta.  Taklimat beliau berakhir 9.11 pagi.

Menyusul memberi taklimat seterusnya ialah En Amran bin Hj Mahadi pada 9.15 pagi.  Beliau adalah Ketua Jabatan Kokurikulum IAB Utara.  Kata beliau peserta perlu beriadah kerana kajian (peserta lepas) mendapati bahawa ramai umur badan peserta melebihi usia sebenar.  Realiti umur peserta baru berusia 43 namun fizikalnya 71. Nak panjat tangga pun tak larat.  Cepat letih dsb.  Bahkan katanya ada peserta yang mempunyai `kilang memproses gula' sendiri. :-)    Puncanya, kurang bersenam.  Beliau menyarankan para peserta gunalah (secara aktif) gimnasium, dan kemudahan sukan lainnya.  Selain itu beliau mencadangkan agar penghulu-penghulu buat mesyuarat dan mewujudkan bowling event antara kumpulan. Atau acara-acara lain. Kerana jumlah peserta intake ini ramai.  Agar ada kenangan di NPQEL. Taklimat beliau berakhir jam 9.40 pagi.  

Sementara menanti penceramah berikutnya (Dr Bala), beliau berkongsi beberapa `suntikan' bertujuan menimbulkan kesedaran di kalangan peserta.  Antaranya beliau bercerita isu guru lama (berumur) yang menggunakan telefon canggih (berharga mahal) tetapi guna untuk call sahaja.  Jadi, menasihatkan belajarlah menggunakan teknologi terkini, seperti internet dan sebagainya.

Dr Bala dari Jabatan Dokumentasi memberikan sedikit taklimat tentang pusat sumber tepat jam 9.45 pagi.  Seterusnya membawa semua peserta mengisi form pusat sumber IAB.  Kemudahan fotostat, pinjam buku, internet ada disediakan di Pusat Sumber.
Selepas itu peseta dibawa berkunjung ke pusat sumber mengikut kumpulan seramai 40 orang.  Jumlah peserta yang ramai mengambil masa lama dalam aktiviti mendaftar di pusat sumber. Taklimat beliau berakhir 11.00. Beliau menyatakan setiap Khamis ada jualan buku di IAB.

Slot malam ialah taklimat dari Tn Hj Rahimi dan Tn Hj Ismail.  Adab Berguru dan perincian tentang kursus NPQEL.  Peserta mendapat pencerahan tentang sejarah dan konsep sebenar NPQEL diwujudkan. Peserta juga dibekalkan dengan handout berkaitan pengisian ceramah. Taklimat berakhir jam 10.30 malam setelah sesi soal jawab selama 30 minit.  Peserta berpuas hati kerana semua soalan dilayan jawab dengan baik dan berkesan.

Jum layan info bergambar pulak..jum!  :)


IAB mempunyai auditorium yang besar dan selesa.

 Bakal-bakal pengetua mengambil tempat. :)

Boleh saya duduk sebelah sini?  

Sedar diri `memori' lama, kenalah catit bimbang terlupa.

Mendengar penuh minat. 

Sesekali penceramah `menggeletek' peserta.

Merekod `ilmu' bagi dimanfaatkan nanti.

Penuh minat sambil berangan-angan...

Depan counter Pusat Sumber.

Mengisi borang ahli supaya boleh meminjam buku... 


Pertandingan mengisi borang ahli???  :-)

Pusat Sumber IAB.

Kumpulan veteran  more than 50s.  Ada ahli berbisik-bisik shhh!! Tolong jangan beritahu mereka. Depa kata kumpulan expired.  Hihihi!  :-)

Geng Kedah.

Team lahir Mei.  "Ada tak geng lahir tak cukup bulan?" tanya penceramah.   :) 

Kumpulan 6 merakamkan kenangan.

Tahniah kerana anda diberikan kepercayaan.  Para Penghulu dan Penghuluwati.
Anda bukan sahaja membantu peserta kursus tetapi perlu rapat dengan pensyarah.  Jadi, wajar kalau mendapat markah yang lebih (sbb dekat denga tok guru (pensyarah), so ilmu lebih banyak.. Apapun, betulkan niat, bantulah kerana Allah.
Penghulu Kump 6: Cikgu Mohd Azrul bin Ismail (SK Balar, Kelantan)
Penghuluwati Kump 6:   Cikgu Madihah binti Ismail (SK Sg Nibong, Pulau Pinang)

Penghulu Agung :  Ustaz Aspan bin Shaari (Sektor Pend Islam Perlis)
dan Penghuluwati Kumpulan 4.

Penghuluwati Agung :  Cikgu Khalijah binti Omar (SK Bukit Gasing)
dari Kumpulan 6.  Tahniah!

Ucapan Penghulu Agung.

Ucapan Penghuluwati Agung.

Maklumat bilik kuliah. Pengurus dan Penolong Pengurus kumpulan masing-masing.
 Info 7 kumpulan pada 7 sticker.

Kumpulan 1

Kumpulan 6

Nantikan (fokus) tentang epembelajaran esok.  
Semoga anda ceria selalu.  Senyum, jangan kata apa-apa.  :)