Saturday, February 23, 2013

Selamat Kembali Minggu Ke-2 Fasa 1.



Kehidupan di kejauhan pada minggu 2 pastinya lebih mudah kerana `ilmu' persekitaran sedikit sebanyak sudah dimiliki.  Peserta boleh membayangkan bilik kediaman, dewan makan, bilik kuliah, perpustakaan dan tempat-tempat beriadah. Begitu juga anda tentunya telah mengenali nama-nama pensyarah, pegawai IAB, Pak Cik Jaga, tukang kebun dan mungkin juga sudah mengenali tukang masak di dapur.  Bahkan laluan bersosial ke pekan-pekan kecil berdekatan sebagai tempat `pekena teh tarik dan roti canai' bersama rakan seusai kuliah.

Minggu kedua ini (24/2/2013 - 28/2/2013) tidak menjanjikan apa-apa untuk kita perolehi dan kecapi. Melainkan kita sendiri berjanji (pada diri) apa yang akan dicapai.  Ayuh rakan-rakan, mantapkan azam, segarkan cita.    Bersihkan niat dalam `beramal'.  Hati biar putih.  Akal biar jernih.   Semangat mesti dikobarkan.  Mari muhasabah.   Berjanjilah  di minggu ini kita akan lebih baik dari minggu sebelumnya.  Dalam semua perkara.  Ya, semua hal.  Insya Allah!  :) 
Semoga semua rakan-rakan selamat sampai, lebih sihat dan ceria. :)