Tuesday, February 26, 2013

Perjumpaan Dr Jamil Adimin dengan Peserta NPQEL IAB Utara di Utara.


Dr Jamil Adimin Timbalan Pengarah Latihan IAB dalam pertemuan dengan peserta NPQEL 1/2013 di IAB Utara memulakan bicaranya mengucapkan terima kasih kepada semua.  Ini kerana peserta sanggup datang walaupun keletihan.  Beliau memberi `amaran' jika peserta seronok beliau akan berpidato panjang, jika sebaliknya, beliau akan pendekkan bicara.  Beliau berjanji untuk tidak bercakap perkara yang telah dicakapkan iaitu pembelajaran dewasa atau andragogi.

Seterusnya beliau mengatakan akan berkongsi ilmu yang diambil dari buku.  Institusi seperti IAB katanya amat menitik beratkan ilmu.  Lebih-lebih lagi  beliau sendiri kapasiti sebagai unit latihan.  Malam ini, beliau akan memberikan motivasi kepada peserta.  Orang dewasa juga perlu diberikan motivasi.  Beliau bertanya di kalangan peserta NPQEL yang telah membaca dan mengikuti blog yang ditulisnya.

Berikut ialah beberapa perkongsian telah beliau ucapkan dalam pertemuan tersebut.  Tiga cara untuk menambahkan kuasa keyakinan.
i.   Fikirkan kejayaan.
     Fikirkan cemerlang dalam NPQEL ini.  Pasti peserta akan cemerlang.  "Sebenarnya ada sijil graduan
     cemerlang. Dulu IAB anugerahkan 2 sijil cemerlang kepada peserta NPQEL iaitu Rendah dan
     Menengah.  Kali ini mungkin sijil cemerlang kepada contohnya yang aktif belajar atau aktif berforum dan
     seumpamanya.  Sijil Kecemerlangan itu akan ditambah.  Diperbanyakkan", katanya.
ii.  Kita lebih hebat dari disangkakan.
     Anda perlu fikirkan sejauh mana anda boleh menyumbangkan kepada masyarakat walaupun tidak dilantik
     sebagai pengetua.  Beliau meminta para peserta membaca blog beliau tentang 9 cara untuk menjadi
     pemimpin.  Katanya lagi, kerjaya dicipta bukan kerana nasib atau lebih teruk lagi guna bomoh.
iii.  Fikirkan kejayaan yang bersaiz besar.  Semakin tinggi keyakinan akan semakin dekat dengan kejayaan.
     Matlamat yang kecil, kejayaannya juga kecil.  Beliau menegaskan bahawa sebenarnya idea besar
     cabarannya sama dengan idea yang kecil  Jadi, lebih baik sentiasa beridea besar.

Empat alasan besar menghalang dari mencapai kejayaan.
i.     Kesihatan.
ii.    Kepandaian.
iii.   Umur.
iv.   Nasib.

Empat cara bagi menghapuskan halangan kesihatan (David Swan)
i.    Jangan merungut.
ii.   Jangan khuatir sangat tentang kesihatan diri.
iii.  Bersyukur dengan kesihatan yang ada.
iv.  Berkata adalah lebih baik jadi usang kerana digunakan daripada berkarat kerana tidak digunakan.

Dua kesilapan asas selalu dilakukan.
i.   Pandang rendah kelebihan diri.
ii.  Menyangka orang lain lebih pandai.
Beliau yakin sekiranya boleh atasi dua perkara ini, kejayaan menanti di hadapan kita.  Beliau menambah bahawa tidak penting pandai atau tidak tetapi sejauh mana kita gunakan bakat yang telah ada untuk buat perubahan.

Tiga cara untuk sembuhkan penyakit yang berhubung alasan tidak pandai.
i.   Jangan pandang rendah diri sendiri.
ii.  Sikap yang betul lebih penting dari kepintaran
     yang tinggi.
iii. Kemahiran berfikir jauh lebih bernilai dari
     menghafal fakta.

Antara penawar sebagai ubat alasan umur dah tua.  Beliau menyarankan supaya lihat umur secara positif.  Seterusnya meminta para peserta membaca blog beliau yang bertajuk `Haji Ali Isnin Dalam                                                                                    Kenangan'. sila klik di sini.

Seterunya beliau berkongsi lagi tentang dua cara untuk atasi alasan nasib.
i.   Terima hakikat.
ii.  Jangan kuat berangan.  Kalau betul-betul mahu menjadi Guru Besar atau Pengetua, jangan berangan-
     angan.  Just lakukan. Jangan sekali-kali bazirkan masa memikirkan jalan mudah untuk capai kejayaan.

Tiga latihan untuk tambah nilai diri.
i.   Latih diri supaya tambah nilai kepada benda.
ii.  Latih diri supaya tambah nilai kepada orang lain.
iii. Latih diri supaya tambah nilai kepada diri sendiri.

Enam langkah membina kreadibiliti.
i.  Yakin melakukan sesuatu perkara.
ii.  Jangan biarkan tradisi sebabkan daya berfikir
     tidak bermaya.
iii. Bertanya kepada diri bagaimana dapat lakukan
     supaya lebih baik.  Never ending improvment.  
     (NEI)
iv. Lakukan perkara boleh tambah produktiviti.
v. Latih diri untuk tingkatkan kualiti menyoal dan
    menjadi pendengar yang baik.
vi. Luaskan minda.  Berinteraksi dengan  orang dari
    berbagai bidang.

Tiga langkah menjadi bersemangat dan keghairahan.
i.  Sentiasa cuba mendalaminya.
ii. Suntikkan semangat dalam segala perkara baik.
iii.Sebarkan berita baik.

Empat cara membina pemikiran besar.
i.   Gunakan pernyataan besar (big word).  Positif dan riang bagi
     gambarkan perasaan kita.
ii.  Gunakan perkataan atau pernyataan baik tentang orang lain.
iii. Gunakan perkataan atau pernyataan baik bagi mendorong (memberi semangat) kepada orang lain.
iv. Gunakan perkataan atau pernyataan positif untuk terangkan tentang apa rancangan kita.






Beliau membuka ruang untuk para peserta bertanya seterusnya berhenti berucap tepat jam 9.50 malam.


Jum Layan Lawatan Timbalan Pengarah Latihan IAB

Timbalan Pengarah Latihan berjalan masuk auditorium

Pengacara memulakan bicara aluan.
Alfatihah dan doa.





Penyelaras NPQEL IAB Utara, Dr Jamil dan Tn Hj Ketua Jabatan.



Aksi-aksi menarik (Timbalan Pengarah)  :)





Dengan tekun menyampaikan amanat dan nasihat.











Tekun mengikuti setiap `words' yang diucapkan.





Bersalam-salaman sebelum pulang.






Tuan Haji sedang mendengar masalah peserta dan menyelesaikannya.

Penghulu Agung mengambil kesempatan membuat pengumuman kutipan RM25 setiap peserta bagi pembelian baju T.  Majlis bersurai jam 10.00 malam.