Monday, February 11, 2013

Selamat Datang !

 
Alhamdulillah, syukur dan gembira apabila mengetahui menjadi antara 186 peserta kursus NPQEL 1/2013 IAB Utara.  Suatu kursus panjang.  Lima bulan lamanya.  Bermula Februari dan insya Allah berakhir Jun 2013 nanti.

Jum pi `riki' dulu. Pi tengok IAB Utara. Lokasinya, bangunannya, residennya, penginapan, bilik kuliah, dewan makan dan ronda-ronda sekitarnya. Jum...  


Jalan masuk ke penginapan IAB Utara, dikenali sebagai `residen'.


Parkingnya luas.  Anda tidak perlu bimbang tentang parking lot. Namun perlu lebih awal untuk pilihan lot yang lebih strategic.   :) 

Lihat, tidak perlu tulis apa-apa.  Sign itu lebih besar.




Penginapan dilengkapi dengan penyaman udara, kipas dan bilik air berkongsi. (seperti di IAB Induk)

Auditorium

Dewan makan yang luas.



Laluan di persekitaran  Residen IAB Utara.

Demikian, serba sedikit berkaitan tempat `landing' 186 pelajar NPQEL 1/2013 selama 3 minggu di fasa 1 nanti.  Harap anda mendapat sedikit pencerahan berkaitan tempat kediaman dan lokasi berkursus.  Rasa selesa. Mengurangkan stress. Lega dan boleh berkongsi keseronokan sebelum merealisasikan `rasa' yang belum tahu, (sepanjang menjalani kursus) yang sebenarnya nanti. Sekurang-kurangnya...dan itulah tujuan `blog' ini dibina.   :)

Semoga anda `merasai' dan `mengecapinya'. Semoga..!  :)






Ibu & Ayah.



Berapa saja usia anda sekarang, Anda tetap pernah mempunyai ibu dan ayah.  Beri masa seketika bagi mengingati mereka. ....dan menginsafi diri....

Tidak Baik Mengata Orang



Selingan 8 minit  refresh minda.  Mudah-mudahan `pengisian' ini dikira satu kebajikan kepada anda.

Selamat Berkursus Kepada 500 Peserta NPQEL 1/2013



Salam Sejahtera!  
Selamat datang diucapkan kepada 500 orang peserta kursus NPQEL ambilan 1/2013 yang telah menerima surat panggilan berkursus di IAB mulai 18 Februari 2013. Mengikut perancangan awal kursus bermula 12 Februari 2013. Namun bagi meraikan peserta yang merayakan Tahun Baru Cina tarikh tersebut diubah.

Tiga premis dipilih untuk kursus ini iaitu 274 di IAB Genting. 186 di IAB Utara dan 40 di BTPN Kuching. Rakan-rakan peserta dari Sabah seramai 40 orang sepatutnya mengikuti kursus bagi tiga minggu pertama secara bersemuka di Kota Kinabalu. Oleh kerana premis kursus yang sepatutnya di BTPN Sabah dibatalkan pada saat akhir, 40 orang peserta Sabah terpaksa diterbangkan ke Genting.  Syukur kita dapat menyelesaikan masalah itu dengan pantas berkat komitmen tinggi semua pihak.

Saya ingin mengambil kesempampatan di sini untuk mengucapkan selamat mengikuti kursus kepimpinan dan pengurusan pendidikan terutama kepimpinan dan pengurusan sekolah.  Sesuai dengan konsep sekolah saranan John Dewey "Schools are the fundamental method of social progress and reform” (Dewey,1897: Pedagogic Creed) bakal pemimpin dan pengurus sekolah juga perlu melalui pembangunan dan perubahan sosial yang berterusan. Jika demikian keadaannya, lima bulan kursus NPQEL di IAB sebenarnya bukanlah satu tempoh yang panjang dan memenatkan bagi yang berminat dan komited kepada pembangunan dan perubahan diri serta orang lain yang dipimpinnya.

Sememangnya dalam tempoh lima bulan ini pelbagai pembelajaran dan latihan dalam pelbagai bentuk akan anda lalui. Selain taklimat anda akan didedahkan dengan perbincangan, assignment, seminar, sandaran, penandaarasan dan ujian akhir kursus. Sepanjang lima bulan berkursus secara bersemuka, e-learning, sandaran atau penandaarasan anda akan ditaksir bukan sahaja untuk memilih graduan cemerlang pelbagai peringkat (assessment of learning) malahan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran (assesdment for learning).

Saya mewakili pengurusan tertinggi IAB berharap anda sabar dan tabah menghadapi cabaran dan kesusahan yang bakal diterima sepanjang lima bulan ini. Percayalah kepuasan yang tak ternilai akan anda terima apabila anda dapat melepasi semua cabaran itu.
SELAMAT BERKURSUS.

Dr JAMIL BIN ADIMIN IAB (e-KOMUNITI NPQEL2013)

Timbalan Pengarah (Latihan)Tingkat 7, Menara IABIAB Induk, Sri Layang, Genting HighlandsPahang.