Thursday, February 14, 2013

Yakin Boleh, Anda Ialah Apa Yang Anda Fikirkan.


Komuniti 1
Lumrah (apabila dibuai angan-angan tinggi – kerusi Pengetua), semakin hampir berkursus, kian kencang nadi berdenyut.   Debaran menjadi-jadi. Kata orang, tidur tak lena, mandi tak basah, penyakit angau (jadi Pengetua) ulang berulang mendatangi.  Makan tak kenyang, minum tak hilang dahaga.  Kotak fikir hanya membenarkan bayangan pengetua (keseronokan) bakal digenggam nanti.  Adakah anda perasan?  Adakah anda? Adakah!!?  Ada?  Hahaha  J J

Komuniti 2
Bolehkah aku?  Mampukah aku? Adakah pensyarah mahu `tolong’ aku? Adakah rakan-rakan peserta akan `tolong’ aku? Pensyarah `baik’ tak?? Biasanya ukuran `baik’ dan `tolong’ ialah kepada pensyarah-pensyarah seperti berikut;
·         Tidak apa lambat datang kuliah.
·         Tidak apa ponteng kuliah.
·         Tidak apa comot.
·         Tidak apa tidak mandi pagi.
·         Tidak apa pakaian tidak senonoh.
·         Tidak apa tidak siap tugasan.
·         Tidak apa tidak ambil bahagian.
·         Tidak apa berbual semasa kuliah.
·         Tidak apa tidak kemaskini maklumat diri dalam web epembelajaran.
·         Tidak apa tidak upload gambar dalam web.
·         Tidak apa…
·         Tidak apa…
·         Tidak apa…


Komuniti 3
Kemudian makin hampir hari berkursus, bertalu pula persoalan datang.  Menyerang tenteram dari berbagai arah. Kiri kanan, depan belakang, atas dan bawah.  Bertubi-tubi.  “Adakah pensyarah ada sikap `mahu membantu’. Adakah   depa ada rasa nak `tolong’ orang macam aku ini.  Depa ni baikkah,  tidak baik?  Ishhh.., ishhh.., boleh ke aku ni?? Pensyarah garang? Mampuih dah aku!!^%%&# ..! Ukuran `garang’ dan `tidak baik’ pula kepada pensyarah seperti berikut;

·         Yang kerap beri `nasihat’ (berleter/membebel) J …hal-hal yang baik.
·         Yang minta hadir kuliah sharp time.
·         Yang minta siapkan tugasan on time.
·         Yang minta dengar kuliah betul-betul.
·         Yang minta peserta ikut peraturan.
·         Yang betul-betul serious bekerja.  (Adakah tidak senyum itu serious bekerja?)  J
·         Yang minta peserta ambil bahagian.
·         Yang harap peserta faham.
·         Yang suruh jadi peserta cemerlang.
·         Yang suruh jadi peserta terbilang.
·         Yang mahu peserta jadi pengetua.
 


Teknik menanggap bagi tujuan `mengukur’ itu berbagai.  Terpulang. Tiada yang mampu melarang, apalagi menghalang.   Namun, percayalah kepada hati kecil anda. Yakinlah terhadap minda siuman anda.  Keduanya amat mampu mengadili.  Arah mana (Tafsiran) wajar diperakui.  (Dengan ilmu anda tentunya).

Penulis berpendapat mengukur begitu (pensyarah `baik’, `tidak baik’, `garang’) amatlah tersasar.  Tidak benar.  Ukuran seperti itu hanya mainan hati (nafsu) yang jahat.  Nafsu yang pemalas, (penyegan), tidak baik, kurang ilmu, baluq liat dan tidak cerdik.  Ukuran seperti itu tidak betul. (hanya pandangan penulis).

Jadi?  Bagaimana?  Bersangka baiklah dalam semua perkara.    Itulah (jelmaan akhlak) ukuran / tanggapan yang mampu mencerminkan diri seorang ILMUAN .  “Percaya dan yakinlah pada diri sendiri. Nescaya dunia akan yakin dengan anda.” Kata seorang professor dalam satu rapat pelajar.  Anda adalah apa yang anda fikirkan.  Yakin boleh, maka anda boleh lakukan.   



Amacam?  Semakin kencangkah debaran itu????   J  Tidak mengapa, ianya baik untuk kesihatan (pam jantung) anda.   J J  Teruskan berangan-angan kalau ianya boleh menguatkan semangat anda.  Perhatikan (fokuskan) kerusi PENGETUA itu.   J