Wednesday, February 13, 2013

Mari Kita Berpesan-Pesan.


 

Hari ini (Khamis) dan esok (Jumaat), merupakan hari-hari terakhir membuat persediaan menghadirkan diri sebagai peserta  NPQEL 1/2013 sama ada di IAB Induk / IAB Utara.
Beberapa hal penting perlu diperingatkan ialah

1.        Sudahkah anda menyerahkan salinan surat rasmi (arahan) mendaftar sebagai peserta NPQEL 2013 kepada `bos’ masing-masing. Pejabat hanya dibuka hari ini dan esok (mengikut negeri-negeri tertentu) sebelum tarikh anda membuat pendaftaran.
2.       Bersama-sama surat itu anda juga perlu melampirkan salinan (takwim) jadual sepanjang kursus. Takwim ini telahpun diberikan pihak IAB untuk sepanjang 5 bulan berkursus.  Tujuannya bagi membantu `bos’ merancang aktiviti sepeninggalan 3 minggu pertama anda.
3.       Serahkan kunci pejabat anda kepada kerani.  Ambil tindakan terhadap fail-fail dan surat-surat yang perlu tindakan segera.  Kenalpasti dan lantik pegawai yang akan melaksanakan tugas-tugas  sepanjang ketiadaan anda. Mereka (pegawai anda) perlu di brieffing sesempurnanya bagi `menggantikan’ tempat anda.
4.       Nombor telefon anda ditinggalkan. 
5.       Beberapa pesanan (paling friendly) kepada keluarga anda.  Isteri / suami dan anak-anak.  Ingat, paling friendly..
6.       Semak kenderaan anda. Pastikan dalam keadaan baik.
7.       Ubat-ubatan atau  vitamin rutin harian anda.
8.       Bawa bersama 2 keping gambar. Terbaru.  Percayalah, gambar terbaru paling menawan.  Jangan sekali-kali menyerahkan gambar semasa manis 17 / atau tampan 25.  Yakinlah dengan diri anda.  J
9.       Pakaian jogging dan pakaian pejabat.  Pakaian berjalan-jalan. Kosmetik (perubatan) kiranya memerlukan. Pakaian solat jangan dilupakan.
10.   Berdoalah (buat pengaduan dengan Allah) mohon kesihatan, kelancaran, kelapangan, permudahkan sepanjang kursus bakal anda ikuti nanti.



………. So, semoga semua ceria, sampai di Residen (Penginapan IAB Utara) dengan selamat,  jumpa esok di lobi pendaftaran IAB Utara.  Selamat Datang!  Selamat Mendaftar!!  Selamat Berkenalan!!!  Selamat Bersilaturrahim!!!   Selamat Berkursus!!!!   Selamat semua!!!!  Senyum, jangan kata apa-apa!!!  J  J   J


Syarat Menjadi Pengetua / Guru Besar Bermula 2014




Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai 2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan oleh Institut Aminufin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.

Ketetapan ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL selain syarat-syarat lain. Sama ada para guru menyedarii atau tidak perkara ini, mereka tidak boleh protes jika tidak boleh dilantik dan tidak boleh menikmati kenaikan pangkat sebagai pengetua/guru besar hanya kerana tidak memiliki sijil atau diploma NPQEL.
Mengapa kerajaan menetapkan syarat ini? Kerajaan mahu memastikan semua sekolah di Malaysia dipimpin oleh pengetua/guru besar yang berkompetensi tinggi sahaja. Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang didatangkan pengetua/guru besar yang baik akan meningkat pencapaian muridnya sebanyak 20% percentile.  Kajian juga menunjukkan pengetua/guru besat yang mengikuti kursus atau latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan, latihan kepengetuaan, pembangunan profesionalisma dan kursus-kursus lain yang berkaitan memberi impak yang tinggi kepada kepimpinannya.

Adakah bilangan pemegang NPQEL mencukupi untuk mengisi 4000 kekosongan pengetua/guru besar yang akan berlaku dalam tempoh 2013-2015 ini? Bagaimanakah operasi penggantian dan pengisian pengetua/guru besar dengan prasyarat baru ini?
Data menunjukkan satu perempat sahaja daripada 2,073 pemegang NPQEL atau NPQH sebelumnya telah dilantik menjadi pengetua/guru besar. Mulai tahun 2013 ini pengambilan peserta kursus NPQEL oleh IAB ditambah daripada 300 setahun kepada 1000. Dua ambilan setiap satu 500 orang peserta akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Julai. Sehingga tahun 2015 dijangka jumlah pemegang sijil NPQEL/NPQH ialah 5,316 satu jumlah yang melebihi keperluan.
IAB akan melakasanakan kursus NPQEL ambilan pertama 2013 ini mulai 12 Februari untuk seramai 500 orang. Kampus IAB Genting dan Utara diJitra masing-masing mengambil seramai 210 orang peserta manakala kampus Sarawak dan Sabah masing-masing 40 peserta.
Nama-nama peserta akam dimuktamatkan dan panggilan kursus akan dibuat pada 31 Januari ini. Peserta yang telah dipilih melalui permohonan dan temuduga akan diarahkan (bukan ditawarkan) menghadiri kursus selama lima bulan dalam mod bercampur (blended mode) iaitu bersemuka, e-pembelajaran, penandaarasan, sandaran dan pentaksiran atau ujian akhir kursus.
Pada masa yang sama IAB dan pihak-pihak lain akan terus menjalankan kajian keberkesanan dan kajian impak pelaksanaam NPQEL bagi menambah bilangan kajian sedia ada iaitu lapan kajian sehingga kini. Pelbagai pihak dialu-alukan memberi input dan pandangan mengenai perkara ini untuk menambahbaik program NPQEL.
Sumber :  Dr Jamil Adimin
http://drjamiladimin.wordpress.com/2013/01/25/npqel-sebagai-prasyarat-pelantikan-pengetuaguru-besar/#more-646