Wednesday, February 13, 2013

Mari Kita Berpesan-Pesan.


 

Hari ini (Khamis) dan esok (Jumaat), merupakan hari-hari terakhir membuat persediaan menghadirkan diri sebagai peserta  NPQEL 1/2013 sama ada di IAB Induk / IAB Utara.
Beberapa hal penting perlu diperingatkan ialah

1.        Sudahkah anda menyerahkan salinan surat rasmi (arahan) mendaftar sebagai peserta NPQEL 2013 kepada `bos’ masing-masing. Pejabat hanya dibuka hari ini dan esok (mengikut negeri-negeri tertentu) sebelum tarikh anda membuat pendaftaran.
2.       Bersama-sama surat itu anda juga perlu melampirkan salinan (takwim) jadual sepanjang kursus. Takwim ini telahpun diberikan pihak IAB untuk sepanjang 5 bulan berkursus.  Tujuannya bagi membantu `bos’ merancang aktiviti sepeninggalan 3 minggu pertama anda.
3.       Serahkan kunci pejabat anda kepada kerani.  Ambil tindakan terhadap fail-fail dan surat-surat yang perlu tindakan segera.  Kenalpasti dan lantik pegawai yang akan melaksanakan tugas-tugas  sepanjang ketiadaan anda. Mereka (pegawai anda) perlu di brieffing sesempurnanya bagi `menggantikan’ tempat anda.
4.       Nombor telefon anda ditinggalkan. 
5.       Beberapa pesanan (paling friendly) kepada keluarga anda.  Isteri / suami dan anak-anak.  Ingat, paling friendly..
6.       Semak kenderaan anda. Pastikan dalam keadaan baik.
7.       Ubat-ubatan atau  vitamin rutin harian anda.
8.       Bawa bersama 2 keping gambar. Terbaru.  Percayalah, gambar terbaru paling menawan.  Jangan sekali-kali menyerahkan gambar semasa manis 17 / atau tampan 25.  Yakinlah dengan diri anda.  J
9.       Pakaian jogging dan pakaian pejabat.  Pakaian berjalan-jalan. Kosmetik (perubatan) kiranya memerlukan. Pakaian solat jangan dilupakan.
10.   Berdoalah (buat pengaduan dengan Allah) mohon kesihatan, kelancaran, kelapangan, permudahkan sepanjang kursus bakal anda ikuti nanti.



………. So, semoga semua ceria, sampai di Residen (Penginapan IAB Utara) dengan selamat,  jumpa esok di lobi pendaftaran IAB Utara.  Selamat Datang!  Selamat Mendaftar!!  Selamat Berkenalan!!!  Selamat Bersilaturrahim!!!   Selamat Berkursus!!!!   Selamat semua!!!!  Senyum, jangan kata apa-apa!!!  J  J   J


2 comments:

  1. Salam.
    Alhamdulillah sehingga kini segala tugasan dapat diurus dengan baik. Semoga kursus dihadiri dapat dilalui dengan cemerlang dan memberi harapan baru dalam perkhidmatan saya. Terima kasih.

    Catatan intri dari blog saya:

    DITERIMA MASUK KE KURSUS NPQEL 2013

    ReplyDelete
  2. Syabas dan tahniah! Tuan telah berjaya dalam langkah pertama supaya boleh meneruskan langkah-langkah berikutnya. :)

    Semoga pengisian (langkah2) sepanjang kursus akan amat cemerlang sehingga melahirkan seorang pengetua terbilang nanti. Insya Allah, aminn..!

    ReplyDelete