Monday, February 11, 2013

Selamat Berkursus Kepada 500 Peserta NPQEL 1/2013



Salam Sejahtera!  
Selamat datang diucapkan kepada 500 orang peserta kursus NPQEL ambilan 1/2013 yang telah menerima surat panggilan berkursus di IAB mulai 18 Februari 2013. Mengikut perancangan awal kursus bermula 12 Februari 2013. Namun bagi meraikan peserta yang merayakan Tahun Baru Cina tarikh tersebut diubah.

Tiga premis dipilih untuk kursus ini iaitu 274 di IAB Genting. 186 di IAB Utara dan 40 di BTPN Kuching. Rakan-rakan peserta dari Sabah seramai 40 orang sepatutnya mengikuti kursus bagi tiga minggu pertama secara bersemuka di Kota Kinabalu. Oleh kerana premis kursus yang sepatutnya di BTPN Sabah dibatalkan pada saat akhir, 40 orang peserta Sabah terpaksa diterbangkan ke Genting.  Syukur kita dapat menyelesaikan masalah itu dengan pantas berkat komitmen tinggi semua pihak.

Saya ingin mengambil kesempampatan di sini untuk mengucapkan selamat mengikuti kursus kepimpinan dan pengurusan pendidikan terutama kepimpinan dan pengurusan sekolah.  Sesuai dengan konsep sekolah saranan John Dewey "Schools are the fundamental method of social progress and reform” (Dewey,1897: Pedagogic Creed) bakal pemimpin dan pengurus sekolah juga perlu melalui pembangunan dan perubahan sosial yang berterusan. Jika demikian keadaannya, lima bulan kursus NPQEL di IAB sebenarnya bukanlah satu tempoh yang panjang dan memenatkan bagi yang berminat dan komited kepada pembangunan dan perubahan diri serta orang lain yang dipimpinnya.

Sememangnya dalam tempoh lima bulan ini pelbagai pembelajaran dan latihan dalam pelbagai bentuk akan anda lalui. Selain taklimat anda akan didedahkan dengan perbincangan, assignment, seminar, sandaran, penandaarasan dan ujian akhir kursus. Sepanjang lima bulan berkursus secara bersemuka, e-learning, sandaran atau penandaarasan anda akan ditaksir bukan sahaja untuk memilih graduan cemerlang pelbagai peringkat (assessment of learning) malahan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran (assesdment for learning).

Saya mewakili pengurusan tertinggi IAB berharap anda sabar dan tabah menghadapi cabaran dan kesusahan yang bakal diterima sepanjang lima bulan ini. Percayalah kepuasan yang tak ternilai akan anda terima apabila anda dapat melepasi semua cabaran itu.
SELAMAT BERKURSUS.

Dr JAMIL BIN ADIMIN IAB (e-KOMUNITI NPQEL2013)

Timbalan Pengarah (Latihan)Tingkat 7, Menara IABIAB Induk, Sri Layang, Genting HighlandsPahang.


2 comments:

  1. MENDAPAT peluang `ber `summer camp' / berkampung' di tempat baru amat menyeronokkan, MENGISI peluang itu mungkin membebankan kerana (usia, kesihatan, tinggalkan keluarga, situasi baru (berlainan), pelajaran baru (berlainan), tempat baru (berlainan), rakan2 baru (berlainan), ketua/bos/guru (pensyarah) baru, dll seumpamanya) tetapi BERJAYA mengisi peluang sehingga melepasinya dengan sempurna (cemerlang) adalah suatu kebanggaan dan kepuasan.

    Selamat mengharungi NPQEL 1/2013 kepada semua! Good luck! :)

    ReplyDelete
  2. Apakah syarat/kriteria diperlukan untuk mengikuti kursus NPQEL?Bagaimanakah caranya untuk memohon mengikuti kursus ini?TQ

    ReplyDelete