Tuesday, February 12, 2013

Ayuh Meriahkan Blog Kita



Re: LOKASI IAB UTARA
by Admin eP3 @IAB - Selasa, 12 Februari 2013, 11:04

"Tahniah En Ahmad.  Satu kolaborasi yang sangat baik dan patut diberi pujian.  Saya akan buatkan link khas untuk blog ini di muka depan.  Saya cadangkan supaya pengurusan blog ini dibuat secara kumpulan atau wakil setiap kumpulan (16 kumpulan), kolaborasi.  Markah tambahan untuk En Ahmad (cadangan sayalah)".

Terima kasih di atas `perangsang’ diberikan.   Ucapan tahniah dari tuan disambut gembira dan bangga.  Ucapan  itu tidak boleh diremehkan. Kerana `tahniah’  itu berupa harapan.  Semoga seluruh `pejuang’   (peserta / 16 kumpulan semuanya) berupaya merealisasikan harapan selaras `maqam’  tahniah seperti diucap nobatkan.

Siapalah kami (mewakili peserta) hanya murid (pengikut??!?) untuk berani menyahut cadangan tuan melaksanakannya.  Namun begitu, cadangan disambut.  Jualan dibeli.  Genggam bara biar sampai jadi arang.  Membujur lalu melintang patah.   Kami (mewakili semua) insya Allah akan berusaha dengan kuat dan gagah (seadanya) bagi sama-sama membangunkannya (Blog) sehingga menjadi reality dengan tunjuk ajar tuan dan para pemimpin.

Meskipun lidah riang bicara.  Walau hati seronok gembira, di sudut lain merasa risau.  Gusar terasa dan gundah gulana.  Serba serbi macam tak kena.  Bimbang juga.  Kalau-kalau tinggal harapan sahaja .   Kerana usia yang semakin `senja’.  Kawan-kawan pula entah di mana.  Belum mendengar khabar berita.    Mereka belum kata apa-apa.  Entahkan ia entahkan tidak.  J       


No comments:

Post a Comment