Perjumpaan dengan Pengarah IAB.
YH Dato' Haji Khairil bin Hj Awang
Dato' Pengarah, dalam ucapan beliau mengatakan NPQEL telahpun diberi pengikhtirafan baru. Menjalani kursus NPQEL dijadikan syarat utama dan wajib diselesaikan sebelum dilantik menjadi seorang Pengetua atau Guru Besar. Bahkan gelaran jawatan Guru Besar akan diganti dengan gelaran Pengetua. Tahun 2014 akan merakamkan sejarah di mana sekolah rendah akan dipimpin oleh seorang Pengetua. Mudah-mudahan usaha ini menjadi kenyataan.


1. Disciplined mind.
2. Synthesizing mind.
3. Creative mind.
4. Respectful mind.
5. Ethical mind.
Pemimpin perlu skill yang tinggi. Beliau menyatakan bahawa hasrat kerajaan mahu me`ranking' kan sistem pendidikan Malaysia dalam 1/3 negara di dunia. Manakala kejayaannya terletak di bahu bakal pengetua (peserta di hadapannya). :) :) Akhir sekali beliau mahu pemimpin (peserta) merubah `budaya' (kebiasaan tidak betul). Katanya biasakan yang betul, betulkan yang biasa (tetapi tidak betul) dan seterusnya mengucapkan terima kasih kepada peserta kerana berminat dan mahu jadi pengetua.
Jum layan gambar-gambar terkini. Jumpa tak diri anda dalam gambar???
Kemahiran kepimpinan bukan sahaja ditekankan dalam kursus NPQEL ini malah kecergasan fizikal bakal pengetua diutamakan.
ReplyDeleteInilah salah satu perancangan strategik yang baik daripada IAB untuk bersama-sama menjayakan PPPM.
tahniah atas keaktifan anda
ReplyDelete