Tuesday, February 19, 2013

Perjumpaan dengan Pengarah Institut Aminudin Baki.

Perjumpaan dengan Pengarah IAB.
YH Dato' Haji Khairil bin Hj Awang

Dato' Pengarah, dalam ucapan beliau mengatakan NPQEL telahpun diberi pengikhtirafan baru. Menjalani kursus NPQEL dijadikan syarat utama dan wajib diselesaikan sebelum dilantik menjadi seorang Pengetua atau Guru Besar.  Bahkan gelaran jawatan  Guru Besar akan diganti dengan gelaran Pengetua.  Tahun 2014 akan merakamkan sejarah di mana sekolah rendah akan dipimpin oleh seorang Pengetua.  Mudah-mudahan usaha ini menjadi kenyataan.  

Justeru perubahan itu, latihan (kursus) kepengetuaan (National Professional Qualification Educational Leaders - NPQEL) perlu dihadam sepenuhnya oleh para peserta.  Graduan NPQEL yang tamat kursus perlu  mempunyai kepimpinan yang tinggi.  Beliau seterusnya menegaskan bahawa buku rujukan utama pengetua dan guru besar ialah PPPM.  Setiap pengetua mesti ada, membaca, memahami dan hadam keseluruhan isinya.  Konsep `inspiring leaders'  iaitu pemimpin yang mempunyai keghairahan menjadi ketua sekolah mesti dijelmakan dalam setiap diri peserta.  "Pengetua wajar ada ketokohan ini. Pengetua  wajar mempunyai ilmu dan amalan-amalan tertentu sebagai seorang pengetua atau pemimpin". kata beliau.  

Seterusnya beliau bertanyakan beberapa soalan secara rawak kepada para peserta.  Hampir semua peserta yang disoal, hehehe (malas cakap).  "Basic questions pun cannot answer, so how??", rungutnya.  Kata beliau lagi, PPPM telah menjadikan sistem pendidikan lebih tamaddun, lebih baik dari sistem-sistem yang lepas. Sistem abad 21 (perubahan kepada lebih moden terkini)  Guru besar / Pengetua juga perlu pastikan murid/pelajar mereka ada jati diri dan sayangkan negara.  Beliau menegaskan sebagai pemimpin perlu ada 5 mind of the future.
1.  Disciplined mind.
2.  Synthesizing mind.
3.  Creative mind.
4.  Respectful mind.
5.  Ethical mind.

Pemimpin perlu skill yang tinggi.  Beliau menyatakan bahawa hasrat kerajaan mahu me`ranking' kan sistem pendidikan Malaysia dalam 1/3 negara di dunia.  Manakala kejayaannya terletak di bahu bakal pengetua (peserta di hadapannya).  :) :)  Akhir sekali beliau mahu pemimpin (peserta) merubah `budaya' (kebiasaan tidak betul).  Katanya biasakan yang betul, betulkan yang biasa (tetapi tidak betul)  dan seterusnya mengucapkan terima kasih kepada peserta kerana berminat dan mahu jadi pengetua.  


Jum layan gambar-gambar terkini.  Jumpa tak diri anda dalam gambar???












2 comments:

  1. Kemahiran kepimpinan bukan sahaja ditekankan dalam kursus NPQEL ini malah kecergasan fizikal bakal pengetua diutamakan.
    Inilah salah satu perancangan strategik yang baik daripada IAB untuk bersama-sama menjayakan PPPM.

    ReplyDelete