Wednesday, February 13, 2013

Syarat Menjadi Pengetua / Guru Besar Bermula 2014




Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai 2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan oleh Institut Aminufin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.

Ketetapan ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL selain syarat-syarat lain. Sama ada para guru menyedarii atau tidak perkara ini, mereka tidak boleh protes jika tidak boleh dilantik dan tidak boleh menikmati kenaikan pangkat sebagai pengetua/guru besar hanya kerana tidak memiliki sijil atau diploma NPQEL.
Mengapa kerajaan menetapkan syarat ini? Kerajaan mahu memastikan semua sekolah di Malaysia dipimpin oleh pengetua/guru besar yang berkompetensi tinggi sahaja. Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang didatangkan pengetua/guru besar yang baik akan meningkat pencapaian muridnya sebanyak 20% percentile.  Kajian juga menunjukkan pengetua/guru besat yang mengikuti kursus atau latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan, latihan kepengetuaan, pembangunan profesionalisma dan kursus-kursus lain yang berkaitan memberi impak yang tinggi kepada kepimpinannya.

Adakah bilangan pemegang NPQEL mencukupi untuk mengisi 4000 kekosongan pengetua/guru besar yang akan berlaku dalam tempoh 2013-2015 ini? Bagaimanakah operasi penggantian dan pengisian pengetua/guru besar dengan prasyarat baru ini?
Data menunjukkan satu perempat sahaja daripada 2,073 pemegang NPQEL atau NPQH sebelumnya telah dilantik menjadi pengetua/guru besar. Mulai tahun 2013 ini pengambilan peserta kursus NPQEL oleh IAB ditambah daripada 300 setahun kepada 1000. Dua ambilan setiap satu 500 orang peserta akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Julai. Sehingga tahun 2015 dijangka jumlah pemegang sijil NPQEL/NPQH ialah 5,316 satu jumlah yang melebihi keperluan.
IAB akan melakasanakan kursus NPQEL ambilan pertama 2013 ini mulai 12 Februari untuk seramai 500 orang. Kampus IAB Genting dan Utara diJitra masing-masing mengambil seramai 210 orang peserta manakala kampus Sarawak dan Sabah masing-masing 40 peserta.
Nama-nama peserta akam dimuktamatkan dan panggilan kursus akan dibuat pada 31 Januari ini. Peserta yang telah dipilih melalui permohonan dan temuduga akan diarahkan (bukan ditawarkan) menghadiri kursus selama lima bulan dalam mod bercampur (blended mode) iaitu bersemuka, e-pembelajaran, penandaarasan, sandaran dan pentaksiran atau ujian akhir kursus.
Pada masa yang sama IAB dan pihak-pihak lain akan terus menjalankan kajian keberkesanan dan kajian impak pelaksanaam NPQEL bagi menambah bilangan kajian sedia ada iaitu lapan kajian sehingga kini. Pelbagai pihak dialu-alukan memberi input dan pandangan mengenai perkara ini untuk menambahbaik program NPQEL.
Sumber :  Dr Jamil Adimin
http://drjamiladimin.wordpress.com/2013/01/25/npqel-sebagai-prasyarat-pelantikan-pengetuaguru-besar/#more-646

19 comments:

  1. Satu transform ke arah rakyat Malaysia celik urus.
    Kiranya ia benar-benar direalisasikan selepas ini, maka kursus ini akan menjadi goreng pisang panas di petang hari. Menjadi rebutan guru-guru dan para pegawai jabatan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri peluang yang bertenaga , sihat tubuh badan dan mental.... Dan yang dah udzur digalakkan bersara demi untuk anak-anak bangsa...

      Delete
    2. Lebih elok dan manis apabila guru-guru lama yang tahu diri (tidak sihat seumpamanya) yang mengalu-alukan guru-guru lebih bertenaga meneruskan perjuangannya... Ianya pasti lebih segar dan bertenaga.. :-)

      Delete
  2. Betul Diana, logiknya begitulah. :)

    ReplyDelete
  3. Sememangnya suatu program yang sepatutnya dimiliki untuk direalisasikan segala ilmu,kemahiran dan nilai murni yang dihasratkan oleh KPM.Yang ingin menjadi pemimpin bervisi dan berkompetensi tinggi, inilah satu-satunya resepi bertauliah NPQEL....... tahniah kepada para pensyarah IAB!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andainya idea ini BENAR2 berjaya direalisasikan. Alangkah!!! Manfaatnya bakal dirasa di seluruh pelusuk negara. :-)

      Delete
  4. Kami peserta NPQEL 2012.... masih tertunggu2 apakah perjawatan Guru Besar sekolah rendah boleh diisi oleh PK yang berijazah... Walaupun ada diantara kami yang cukup cemerlang, selagi dasar lapuk KPM ini tidak diubah... maka terus lapuk la kami di post PK sekolah rendah... sama-sama kita lihat pada 2014...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya benar seperti kata anda...Tahun 2014 juga (sehingga hari ini) SERUPA 2013 dari aspek tindakan... :-)

      Delete
  5. Bagaimana cara memohon kursus kepengetuaan di IAB dan apakah syarat-syaratnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.iab.edu.my/ Sila anda layari laman seperti tertera. Semua maklumat yang diperlukan ada di sana. Selamat meneroka. :-)

      Delete
  6. Portal rasmi IAB .Clik NPQEL. Mohon Kursus NPQEL.isi borang online..dan seterusnya print hantar ke JPN Negeri masing-masing.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada para peserta. Ini merupakan satu anjakan paradiqma sebagai pemimpin yang berinovasi yang bakal mencorakkan para pendidik pada masa kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, kursus NPQEL banyak manfaatnya. Ianya amat idealistik, karismatik dan efektif untuk negara, khususnya menjadi pemimpin sekolah. Kepada mereka yang terpilih, manfaatkanlah sungguh-sungguh. Tahniah:-)

      Delete
  8. salam, saya pernah daftar sebelum ini, bila saya taip username n password keluar ralat no kp n password tak sah...dah call iab nilai pihak sana boleh akses, tapi saya di sini tak boleh bagaimana ya?

    ReplyDelete
  9. Guru yang sakit kronik dan tidak sihat tubuh badan biarkan berehat

    ReplyDelete
  10. guru-guru otai akan trkulai layu lagilah nampaknya..

    ReplyDelete
  11. Saya bukan nak komen..tetapi ingin menyatakan sesuatu agar ada pihak yang mengambiltahu hal saya..saya lulusan npqel 2/2012..sekarang menjawat pk koko ..di sekolah agama...sejak 2015...sekian lama ditunggu utk lantikan pengetua ..tak kunjung tiba whal temuduga pengetua pun sudah...bila ditanya kpd pihak berkenaan ..jawapannya saya tak cukup haul di sek agama...saya sebenarnya tak tahu jika berada di sek agama maka lantikan saya oleh bahagian agama juga...menurutnya..saya perlu 3 tahun di sek agama barulah layak dilantik pengetua ..apabila cukup tiga tahun..patutnya tahun 2019...saya dilantik tp bila saya tanya semula ...nama saya dah diapungkan ke smk...saya amat terkejut dgn berita ini...saya nak menuju ke mana untuk saya bertanya ttg lantikan pengetua saya...amat malu rasanya bila ada cikgu2 tanya...bila nak jadi pengetua....jika ada yg terbaca luahan saya dan boleh nantu saya..boleh la hubungi saya..di 0123214335..sekian tkasih

    ReplyDelete
  12. Saya memiliki ijazah sarjana dalam Pengurusan dan pentadbiran sekolah, saya memegang Jawatan guru kanan selama 12 tahun dan sekarang menjawab Jawatan PK Koko, adalah saya layak di Jadikan Pengetua.

    ReplyDelete